Dormant Companies Can Now Apply To Strike Off During SSM Moratorium Period

3615

INSENTIF PENUTUPAN SYARIKAT DI BAWAH SEKSYEN 308 AKTA SYARIKAT 1965 BAGI SYARIKAT YANG DIPERBADANKAN DALAM TAHUN 2010 HINGGA TAHUN 2014

Kuala Lumpur, 24 Mac 2015 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan memperkenalkan semula Insentif Penutupan Syarikat Di Bawah Seksyen 308 Akta Syarikat 1965.

Insentif ini akan berkuatkuasa mulai 1 April 2015 hingga 30 September 2015 dan terhad kepada semua syarikat-syarikat dorman atau tidak aktif yang diperbadankan pada tahun 2010 hingga tahun 2014.

Pengumuman insentif ini telah dibuat oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Hasan bin Malek; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bertujuan seperti berikut:

(a) Membantu syarikat-syarikat tidak aktif atau dorman menutup syarikat dengan mudah, cepat serta dengan kos yang rendah;

(b) Mengurangkan kos operasi dan pematuhan syarikat seperti kos perlantikan juruaudit & setiausaha syarikat;

(c) Menggalakkan penutupan syarikat dorman atau tidak aktif bagi mengelakkan syarikat-syarikat tersebut daripada disalah guna bagi tujuan menyalahi undang-undang seperti aktiviti pengubahan wang haram (money laundering) dan aktiviti penipuan; dan

(d) Bagi memastikan senarai syarikat yang berdaftar di SSM mengandungi maklumat berkaitan syarikat-syarikat yang aktif sahaja iaitu syarikat yang masih menjalankan aktiviti perniagaan.

Di dalam tempoh Insentif ini juga, pihak syarikat yang membuat permohonan untuk menutup syarikat akan menikmati insentif tambahan iaitu SSM akan mengenakan kadar ‘flat rate’ untuk setiap satu surat kompaun yang tertangguh seperti berikut:

Syarikat : RM100.00
Pengarah syarikat : RM100.00 setiap pengarah syarikat
Bagi menikmati Insentif ini, syarikat dan/atau pengarah-pengarah syarikat boleh hadir di mana-mana kaunter Suruhanjaya Syarikat Malaysia di seluruh Negara bagi membuat permohonan penutupan syarikat di bawah seksyen 308 Akta Syarikat 1965. Yang Berhormat Menteri PDNKK berharap, dengan perlaksanaan insentif penutupan syarikat yang tidak aktif atau dorman ini dapat meningkatkan kadar pematuhan serta tahap tadbir urus korporat komuniti perniagaan di Malaysia.

DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
TARIKH: 24 MAC 2015

Source: SSM Website