SSM Announced 2 Weeks Moratorium Period following Closure of Offices, Counters & Online Web Portal

800

SSM has announced that 2-Weeks Moratorium Period be granted to all companies.

The 2-Weeks Moratorium Period will commence right after the end of the Movement Control Period, that is 31 March 2020.

All documents that due for submission during the Movement Control Period will be given an additional time of 2 weeks to submit. Late lodgement fee & fine will be exempted during the Moratorium Period.

All SSM offices, counters, online web portals, kiosks and even call center will be closed with effective from today (17 Mar 2020) 5pm until 31 Mar 2020, following the announcement of the Movement Control Order by the Prime Minister 10pm yesterday.


PRESS RELEASE BY SSM

Penutupan Sementara Operasi SSM Di Seluruh Negara

​Kuala Lumpur, 17 Mac 2020 – Lanjutan daripada pelaksanaan perintah kawalan pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 bagi mengekang penularan wabak Covid-19, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menutup sementara operasinya di seluruh negara.

Penutupan sementara operasi ini akan melibatkan perkhidmatan kaunter, atas talian, e-aduan, kiosk dan perkhidmatan pusat panggilan SSM bermula jam 5 petang 17 Mac 2020 hingga perintah kawalan berakhir.

Semua transaksi bawah Akta Syarikat 2016, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 perlu di serah simpan atau dikemukakan kepada Pendaftar selepas tempoh perintah kawalan berakhir. Tempoh moratorium selama dua minggu selepas tempoh perintah kawalan berakhir akan diberikan bagi membolehkan permohonan atau serah simpan dibuat. Dalam tempoh moratorium tersebut, fi lewat serah simpan akan dikecualikan.

Syarikat-syarikat yang ingin membuat permohonan melanjutkan tempoh mengadakan mesyuarat agung tahunan bagi tempoh masa melebihi enam bulan dari tahun kewangannya berakhir boleh mengemukakan permohonan tersebut selepas tempoh perintah kawalan pergerakan berakhir.

Sementara itu, SSM akan sentiasa peka serta memantau perkembangan terkini wabak Covid-19 yang dikeluarkan oleh kerajaan dan memaklumkan kepada pihak awam berkenaan keputusan-keputusan yang membabitkan SSM.
Operasi SSM akan kembali beroperasi seperti biasa selepas perintah kawalan pergerakan berakhir dan tertakluk kepada arahan terkini yang dikeluarkan kerajaan.
Maklumat lanjut akan menyusul di portal www.ssm.com.my dan laman media sosial SSM.

DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
TARIKH: 17 MAC 2020

Source: SSM Press Release (17-3-2020)