FAQ: RM6,000 tax relief for children education savings

10023

tax-reliefThe National Education Savings Scheme (SSPN-i ) was designed by the National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) for the purpose of higher education.

As announced in Budget 2013, it is proposed that personal tax relief for saving deposits placed with SSPN-i for the benefit of their children be increased from existing RM3,000 to RM6,000 effective from year of assessment 2012 to 2017.

Please note the proposed effective date is YA 2012 (yes, begins from this year, i.e. 2012!), even before the finance bill being gazetted at parliament. 

It means, you can start enjoy the tax saving this year onwards when you submit your tax return by April 2013.

It appears to demonstrate how desperate PTPTN needs money as on another hand, it is giving out discount of 10% and 20% on the loans, which can accelerate but reduce cash flows.

In relation to the proposed increase in tax relief to RM6,000, PTPTN published a FAQ in Bahasa Malaysia on their website, which has been extracted as follows:-


FAQ BERKAITAN INSENTIF PELEPASAN TAKSIRAN CUKAI KE
ATAS SIMPANAN BERSIH DALAM SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN
NASIONAL (SSPN-i) SEHINGGA RM6,000

SOALAN 1:
Siapakah yang layak mendapat insentif pelepasan taksiran cukai?
Jawapan:
Ibu bapa dan ibu bapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun SSPN-i untuk manfaat anak layakmendapat insentif pelepasan taksiran cukai.


SOALAN 2:
Siapakah yang dimaksudkan sebagai penjaga yang sah?
Jawapan:
Penjaga yang sah adalah penjaga yang membuka akaun untuk anakjagaan sah mereka dengan mengemukakan dokumen sokongan.


SOALAN 3:
Siapakah yang tidak layak mendapat insentif pelepasan taksiran cukai?
Jawapan:
Pendeposit yang menyimpan untuk diri sendiri atau mana-mana orang lain atau anak yang berumur melebihi 29 tahun adalah tidak layak untukinsentif pelepasan taksiran cukai.


SOALAN 4:
Adakah pendeposit yang membuka akaun diri sendiri layak mendapatinsentif pelepasan taksiran cukai?
Jawapan:
Tidak layak. Insentif pelepasan taksiran cukai hanya diberi kepada ibubapa dan ibu bapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun SSPN-i untuk manfaat anak.


SOALAN 5:
Bagaimana caranya untuk melayakkan pendeposit mendapat insentifpelepasan taksiran cukai?
Jawapan:
Pendeposit hendaklah membuat simpanan dalam tahun taksiran. Jumlahsimpanan bersih tahun taksiran iaitu selepas ditolak dengan pengeluaranadalah layak mendapat insentif pelepasan taksiran cukai.


SOALAN 6:
Berapakah had maksimum insentif pelepasan taksiran cukai?
Jawapan:
Had maksimum adalah sehingga RM6,000 setahun.


SOALAN 7:
Bilakah kenaikan insentif pelepasan taksiran cukai daripada RM3,000 kepada RM6,000 berkuatkuasa?
Jawapan:
Kenaikan insentif pelepasan taksiran cukai kepada RM6,000 berkuatkuasamulai tahun taksiran 2012.


SOALAN 8:
Sekiranya ibu dan bapa membuat taksiran cukai berasingan dan telahmembuka akaun SSPN-i, berapakah jumlah insentif pelepasan taksirancukai yang layak?
Jawapan:
Layak diberi insentif pelepasan taksiran cukai individu sehingga maksimum RM6,000 seorang setahun.


SOALAN 9:
Sekiranya ibu dan bapa membuat taksiran cukai bersama dan telahmembuka akaun SSPN-i, berapakah jumlah insentif pelepasan taksirancukai yang layak?
Jawapan:
Layak diberi insentif pelepasan taksiran cukai bersama sehinggamaksimum RM6,000 setahun.


SOALAN 10:
Bilakah tarikh akhir simpanan dalam SSPN-i layak mendapat insentifpelepasan taksiran cukai bagi tahun taksiran 2012?
Jawapan:
Tarikh akhir simpanan untuk insentif pelepasan taksiran cukai bagi tahuntaksiran 2012 adalah pada 31 Disember 2012.


SOALAN 11:
Bagaimana caranya untuk mengetahui amaun layak insentif pelepasantaksiran cukai?
Jawapan:
Pendeposit boleh menyemak atau mencetak penyata ringkasan akaun SSPN-i untuk insentif pelepasan taksiran cukai yang disediakan melalui ECukai di laman web PTPTN dengan memasukkan nombor MyKadpendeposit dan kata laluan iaitu nombor Mykad/MyKid/Sijil Kelahiranpenerima manfaat.


SOALAN 12:
Di ruangan manakah, insentif pelepasan taksiran cukai ke atas simpananbersih dalam SSPN-i terdapat pada Borang BE, Lembaga Hasil DalamNegeri?
Jawapan:
Insentif pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih dalam SSPN-I dinyatakan pada Bahagian D (Pelepasan) di dalam Borang BE, LembagaHasil Dalam Negeri.


SOALAN 13:
Sekiranya pendeposit mempunyai baki akaun pada tahun 2011 sebanyak RM5,500 dan simpanan bersih tahun 2012 sebanyak RM500, berapakahjumlah insentif pelepasan taksiran cukai yang layak bagi tahun taksirancukai 2012?
Jawapan:
Pendeposit layak mendapat insentif pelepasan taksiran cukai untuk tahuntaksiran 2012 sebanyak RM500 sahaja.


SOALAN 14:
Sekiranya pendeposit mempunyai baki akaun tahun 2011 sebanyak RM3,000 dan tiada penambahan deposit bagi tahun 2012, berapakahjumlah insentif pelepasan taksiran cukai yang layak bagi tahun taksirancukai 2012?
Jawapan:
Pendeposit tidak layak untuk mendapat insentif pelepasan taksiran cukaibagi tahun taksiran 2012 kerana tiada penambahan deposit bagi tahuntersebut.


SOALAN 15:
Sekiranya pendeposit menyimpan RM6,000 secara tunai pada 31 Disember 2012, adakah pendeposit layak untuk insentif pelepasan taksirancukai dan bolehkah pengeluaran deposit dilakukan pada awal tahun 2013?
Jawapan:
Pendeposit layak untuk mendapat insentif pelepasan taksiran cukaisebanyak RM6,000 dan pendeposit juga boleh membuat pengeluaran deposit pada bila-bila masa selepas 31 Disember 2012.


SOALAN 16:
Sekiranya pendeposit mempunyai baki akaun pada tahun 2011 sebanyak RM4,500. Simpanan bagi tahun 2012 sebanyak RM3,000 dan pendepositmembuat pengeluaran deposit sebanyak RM1,000. Berapakah jumlahlayak insentif pelepasan taksiran cukai bagi tahun taksiran 2012?
Jawapan:
Pendeposit layak mendapat insentif pelepasan taksiran cukai ke atassimpanan bersih bagi tahun taksiran 2012 sebanyak RM2,000 (RM3,000- RM1,000).

Contoh :

Baki akaun 2011 RM4,500
Penambahan deposit 2012 RM3,000
Pengeluaran deposit 2012 (RM1,000)
Simpanan bersih 2012 RM2,000

Visit National Higher Education Fund Corporation’s website for more information about SSPN-i. Click here http://www.ptptn.gov.my/web/english/savings