FAQ: 10% discount for PTPTN loan payment on time

810

PTPTNIn Budget 2013, in order to encourage the students to repay the Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) education loans in accordance with their repayment schedules, it is proposed a 10% discount per annum on their repayment will be given effective from 1 Oct 2012.


For those PTPTN loan borrowers who may not have the financial ability to fully repay the education loans before 30 September 2013 in order to reap the 20% discount on the outstanding loan balance, they are still entitled to a 10% discount per annum on their repayment, with effect from 1 Oct 2012.

In relation to the above Budget 2013 proposal, PTPTN issued the following Frequent Asked Questions (FAQ) on their website:

FAQ BERKAITAN PEMBERIAN DISKAUN 10% KEPADA PEMINJAM/ PENERIMA BIAYA YANG MEMBUAT ANSURAN BAYARAN BALIK PINJAMAN/ PEMBIAYAAN PTPTN SELAMA 12 BULAN BERTURUT-TURUT ATAU 12 BULAN KE HADAPAN MENGIKUT JADUAL BAYARAN BALIK MULAI 1 OKTOBER 2012

SOALAN 1
Siapakah yang layak menerima pemberian diskaun 10%?
Jawapan :
Peminjam/ penerima biaya PTPTN yang membuat ansuran bayaran balikpinjaman/ pembiayaan mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkanselama dua belas (12) bulan berturut-turut atau dua belas (12) bulan kehadapan mulai 1 Oktober 2012.


SOALAN 2
Saya telah membuat bayaran balik pada setiap bulan mengikut jadualbayaran balik yang ditetapkan semenjak dahulu. Adakah saya layak untukmendapat pemberian diskaun 10%?
Jawapan :
Peminjam layak diberikan diskaun 10% ini mulai pembayaran 1 Oktober 2012. Bayaran balik yang dibuat sebelum 1 Oktober 2012 tidakdiambilkira bagi pemberian diskaun ini. Pengiraan dua belas (12) bulanadalah mulai 1 Oktober 2012.


SOALAN 3
Saya telah membuat bayaran balik ansuran bulanan melebihi daripadaansuran bulanan yang ditetapkan selama dua belas (12) bulan berturutturut? Adakah saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%?
Jawapan :
Peminjam layak diberikan diskaun 10% mulai pembayaran 1 Oktober 2012. Bayaran balik yang dibuat sebelum 1 Oktober 2012 tidak diambil kira bagipemberian diskaun ini. Pemberian diskaun 10% adalah berdasarkankepada jumlah bayaran balik yang dibuat dalam tempoh dua belas (12) bulan.

Contoh pengiraan :

Jumlah bayaran balik mengikut Jadual bayaran balik (12 bulan) : RM2,100
Jumlah bayaran balik yang diterima (12 bulan) : : RM3,000
Pemberian diskaun yang diberikan (10% x RM3,000) : RM   300

SOALAN 4
Saya membuat bayaran balik setiap bulan tetapi tidak mengikut jadualbayaran balik iaitu kurang daripada ansuran yang ditetapkan, tetapiberturutan selama dua belas (12) bulan. Adakah saya layak mendapatpemberian diskaun 10%?
Jawapan :
Tidak layak.Pemberian diskaun 10% hanya diberikan kepada peminjam yang membuat bayaran ansuran berdasarkan kepada jadual bayaran balik yang ditetapkan.


SOALAN 5
Saya membuat bayaran balik melalui kaedah potongan gaji, adakah sayalayak menerima pemberian diskaun 10%?
Jawapan :
Layak, sekiranya potongan gaji dibuat berdasarkan ansuran jadual bayaranbalik yang ditetapkan. Diskaun hanya diberi bagi amaun potongan gajibermula 1 Oktober 2012.


SOALAN 6
Dalam bentuk apakah pemberian diskaun 10% ini diberikan?
Jawapan :
Pemberian diskaun 10% diberikan dalam bentuk pelarasan akaun.


SOALAN 7
Bilakah pemberian diskaun 10% akan diberikan kepada peminjam?
Jawapan :
Pemberian diskaun 10% akan diberikan selepas peminjam menyelesaikantempoh bayaran balik dua belas (12) bulan secara berturut-turut atau duabelas (12) bulan ke hadapan.


SOALAN 8
Saya telah dikenakan tindakan saman/ penghakiman, tetapi membuatbayaran balik secara ansuran berturutan selama dua belas (12) bulan (selepas Bajet 2013 diumumkan). Adakah saya layak untuk pemberiandiskaun 10%?
Jawapan :
Layak sekiranya ansuran bayaran balik berasaskan jadual bayaran balikselepas penghakiman dan peminjam juga digalakkan untuk membuatpertukaran pinjaman kepada pembiayaan Ujrah.


SOALAN 9
Berapa kalikah diskaun 10% diberikan kepada peminjam?
Jawapan :
Pemberian diskaun 10% akan diberikan tanpa had (masih dalam jadualbayaran balik sebenar), tertakluk kepada peminjam membuat bayaran balikuntuk setiap tempoh dua belas (12) bulan secara berturut-turut atau duabelas (12) bulan ke hadapan.


SOALAN 10
Saya telah membuat bayaran balik (sebelum Bajet 2013 diumumkan). Adakah saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%?
Jawapan :
Tidak layak, kerana pemberian diskaun ini diberikan mulai 1 Oktober 2012 dan ke hadapan.


SOALAN 11
Adakah saya perlu memohon bagi mendapatkan pemberian diskaun 10%?
Jawapan :
Tidak perlu kerana pemberian diskaun 10% akan dikira selepas dua belas (12) kali bayaran balik ansuran mengikut jadual bayaran balik dilakukansecara berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan.


SOALAN 12
Saya membuat bayaran balik melalui kaedah potongan gaji tetapi terdapatkesilapan potongan gaji/ lewat diremitkan oleh majikan kepada PTPTN. Adakah saya layak untuk pemberian diskaun 10%?
Jawapan :
Layak setelah pengesahan semula dilakukan oleh pihak majikan kepada PTPTN.


SOALAN 13
Saya telah menunaikan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) tetapibukan merupakan peminjam PTPTN. Adakah saya layak menerimapemberian diskaun 10%?
Jawapan :
Layak sekiranya bayaran balik Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) dibuat selama dua belas (12) bulan berturut-turut bermula 1 Oktober 2012.


SOALAN 14
Adakah pemberian diskaun 10% diberikan kepada semua kursus/ peringkat/ jurusan yang ditaja oleh PTPTN?
Jawapan :
Ya, tertakluk kepada ansuran bayaran balik mengikut jadual bayaran balikselama dua belas (12) bulan berturut-turut atau dua belas (12) bulan kehadapan.


SOALAN 15
Bagaimanakah pemberian diskaun 10% dikira?
Jawapan :
Pemberian diskaun 10% dikira daripada jumlah bayaran ansuran bulananmengikut jadual bayaran balik atau lebih dalam tempoh dua belas (12) bulan berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan.


SOALAN 16
Sekiranya saya mempunyai lebih daripada dua (2) pinjaman, adakah sayalayak untuk menerima pemberian diskaun 10%?
Jawapan :
Layak bagi kedua-dua pinjaman jika bayaran dibuat berdasarkan jadualbayaran balik yang telah ditetapkan.


SOALAN 17
Saya membuat bayaran tetapi tidak konsisten (kadang-kadang mengikutjadual bayaran balik, kadang-kadang kurang), dan telah membuat bayaranbalik dua belas (12) bulan berturutan sebelum ini, adakah saya layak untukmendapat pemberian diskaun 10%?
Jawapan:
Tidak Layak. Bayaran balik mesti dilakukan mengikut jadual bayaran balik yang telah ditetapkan. Pemberian diskaun 10% hanya diberikan untukansuran berturut-turut selama dua belas (12) bulan atau dua belas (12)bulan ke hadapan mengikut jadual bayaran balik yang telah ditetapkan.


SOALAN 18
Saya membuat bayaran balik sekali (melalui KWSP), adakah saya layakuntuk mendapat pemberian diskaun 10%?
Jawapan:
Layak, sekiranya amaun bayaran balik daripada KWSP sama atau melebihiansuran bayaran balik bagi tempoh dua belas (12) bulan.


SOALAN 19
Saya telah membuat bayaran balik melalui kaedah potongan gaji dandijangka akan tamat pada Disember 2012. Adakah saya layak untukmendapat pemberian diskaun 10%?
Jawapan :
Tidak layak kerana pemberian diskaun 10% ini bermula pada Oktober 2012 dan tidak cukup dua belas (12) bulan berturut-turut.


SOALAN 20
Saya telah membuat bayaran balik melalui Arahan Tetap (Standing Instruction – SI) tetapi mengikut rekod PTPTN terdapat bayaran balik yang tidak diterima dalam tempoh 12 bulan ?
Jawapan :
Semakan akan dilakukan dan kelayakan akan ditentukan berdasarkan kepada semakan PTPTN dan pihak bank.


Source: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional