Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan bermula pada 15 Januari 2012 dan akan diberikan dalam bentuk baucar tunai. Majlis-majlis penyerahan baucar BR1M kepada pemohon yang berjaya akan diadakan secara berperingkat di seluruh Negara.

Tempoh penyerahan baucar akan berjalan selama dua bulan, iaitu sehingga 15 Mac 2012. Ini bagi mempastikan pembayaran dapat dilaksanakan secara tersusun dan lancar agar tiada keciciran kepada pemohon yang layak menerima bantuan. 

Semua pemohon BR1M akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan melalui pos. Dalam tempoh dua bulan tersebut, setiap pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat, dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar diadakan.

Pemohon juga boleh menyemak status permohonan mereka dengan menelefon talian hotline 1-800-222-500/ 1-300-88-3010 mulai 16 Januari 2012. Talian ini beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari bekerja.

UNTUK SIARAN SERTA- MERTA

Baucar-baucar boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Maybank diseluruh negara. Tempoh sah laku baucar adalah sehingga 15 April 2012.

Bagi memudahkan urusan orang ramai di kawasan luar bandar menunaikan baucar BR1M, Kerajaan telah menyediakan kaunter-kaunter bergerak Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Maybank pada majlis-majlis penyerahan tersebut.

Sehingga 10 Januari 2012, sebanyak 4,123,713 borang BR1M telah diterima dari seluruh Negara. Daripada jumlah itu, 3,850,668 borang telah dimasukkan ke dalam sistem data bagi tujuan pengesahan. Sehingga 10 Januari 2012, sebanyak 3,102,054 permohonan yang telah diluluskan. Baki permohonan sedang melalui proses pengesahan dan dijangka selesai pada 13 Januari 2012.

Bagi pemohon yang lewat menyerahkan borang permohonan, Kerajaan telah membuat keputusan untuk melanjutkan tempoh penerimaan borang BR1M selama satu bulan, iaitu sehingga 10 Febuari 2012. Orang ramai masih boleh menghantar borangborang permohonan BR1M di pejabat cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) dan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan, sehingga tarikh tersebut.

Bagi pemohon yang gagal, rayuan semula boleh dibuat. Kementerian Kewangan telah menyediakan format khas untuk rayuan BR1M yang boleh di dapati di pejabat cawangan LHDN dan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan, serta dimuat turun daripada laman web Kementerian Kewangan (www.treasury.gov.my).

Kementerian Kewangan Malaysia
12 Januari 2011

Source: Media Release From Ministry of Finance Malaysia

15 COMMENTS

  1. Reading from the previous comments from the article by Geoffrey on the same subject matter and my limited knowledge of BM, am I correct to read that application for the disbursement of RM500 for senior citizens has been extended to 15 Mar? I only came to know about this a week ago.

    Both my husband and I are over 60 years old and living by ourselves without any income and living on our savings. Am I correct that only one of us is eligible to apply and not both of us?

    Your kind advice and information greatly appreciated.

  2. KUALA LUMPUR, Feb 15 (Bernama) — The government is ready to extend the 1Malaysia People’s Aid (BR1M) appeal period, which ends on March 15, to ensure those who are eligible acquire the aid.

    Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said, “Appeals will be entertained until March 15, but we are prepared to extend the period should there be more, so the aid reaches all eligible recipients.”

    “BR1M is an effective form of assistance which is appreciated by the people, and eligible individuals whose applications have been rejected may appeal,” he told reporters after chairing the Barisan Nasional Supreme Council meeting at the Putra World Trade Centre here, Wednesday.

    As to whether BR1M would be carried out annually, Najib said, “Let’s see what happens, it will be announced in due time.”

    The BR1M programme, aimed at easing the burden of the low-income group following the escalating cost of living, has received positive response from Malaysians earning a monthly salary of less than RM3,000.

    Source : Bernama

  3. Welcome, Mdm Mary.

    The development is quite confusing now as many politicians indicated that all senior citizens are qualified to apply (sources from the Star & Chinese newspapers).

    But this is not so correct if look into the criteria set by MOF.

    However, you may try to submit separately for you & your husband.

    For your information, the extention of time is indeed for the appeal cases and not for the deadline for application.

    You may still try & see how it goes.

    Wish you good luck! :)

  4. HII..ANGELINA..
    NAMA SY NAZA DAN SAYA APLY LAST MINIT PADA 25/01/2012 DAN SAYA BELUM DAPAT SURAT KELULUSAN DAN SAYA CUBA TRY CALL UNTUK SEMAK PERMOHONAN BR1M SAYA, TAPI SELALU CALL CUSTMER SERVICE BZY

  5. salam..
    NAMA SY md RAZANI BIN YUSOFF DAN SAYA APLY LAST MINIT PADA 28/12/2011 DAN SAYA BELUM DAPAT SURAT KELULUSAN DAN SAYA CUBA TRY CALL UNTUK SEMAK PERMOHONAN BR1M SAYA, TAPI SELALU CALL CUSTMER SERVICE BZY

    • Naza dan MD Razani, submit last minute bukan masalah, masalah sekarang adalah sesiapa yang belum dapat surat pengesahan dari MOF tidak dapat mengenalpasti bahawa pemohanan telah diluluskan atau ditolak.

      Semua talian yang diberikan oleh MOF atau LHDN memang sibuk pada masa kini. Walau bagaimanapun, panggil ke talian MOF adalah cara yang terakhir untuk pengenalpastian.

      Sila cuba sekali berhubung talian MOF atau LHDN supaya mendapat pengenalpastian dari officer. Semoga berjaya.

  6. Saya telah menyemak permohonan BR1M di LHDN dan telah lulus, tetapi sahingga sekarang saya tidak mendapat BAUCER tersebut.

  7. sy dah tel byk kali talian hotline, sume kata permohonan sy dah lulus tp smpai kini tak dpt lg surat. Bila lah nak dpt surat tu ya, ni dah nak smpai tarikh akhir penyerahan baucer, alamat putih mata lah sy. Sy duk kat kelang, kat mana sy nak ambil baucer tu?

  8. My dad submit the application but until today he has not receive a letter. Is that means he is not qualify? Is this scheme close and no more distribute to those who are qualify?

    • Hi Jessica, please contact MOF or LHDN for clarification. There will be a letter stating approved or rejected. It could be lost in transit.

LEAVE A REPLY

Please solve the math to comment. Thank you. * Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.